Tart Gulung Nanas




ASSALAMUALAIKUM ....

Ahad ni kita nak menyambut Hari Raya Aidiladha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban. Bagi keluarga Mak Long, raya korban ni biasanya disambut secara sederhana sahaja. Kek, biskut raya, rendang serta lemang sudah pasti akan terhidang di atas meja. Tapi kalau baju raya ke, kasut raya ke atau seangkatan dengannya memang tak derlah. Memang disambut secara sederhana.

Sempena nak menyambut hari raya korban ni, Mak Long kongsikan resepi tart gulung nanas. Moga resepi yang Mak Long kongsikan ini dapat membantu sesiapa yang kali pertama nak cuba buat tart gulung. In Shaa Allah alau ikut segala sukatan bahan dan cara membuatnya, confirm jadilah tart gulungnya. Pasti meletup-letup rasanya.



BAHAN-BAHAN:
  • 150g mentega
  • 100g marjerin
  • 30g gula aising (diayak)
  • 1 biji kuning telur
  • 1 tsp esen vanila
  • 300g tepung gandum
  • 50g tepung jagung
  • 30g tepung kastad
  • 1 tsb baking powder
  • 2 tsp susu tepung (jika suka)
  • Jem nenas
Hiasan

** 2 biji kuning telur + sedikit air & setitik pewarna kuning untuk sapuan***


CARA MEMBUAT:
  1. Pukul mentega, marjerin dan gula hingga sebati.
  2. Masukkan kuning telur, esen vanila dan pukul.
  3. Masukan tepung jagung dan uli hingga doh. Ambil sedikit doh, letak dalam acuan dan picit. Letakkan jem yang sudah dibentukkan dan dibujurkan). Gulung kemas.
  4. Sapu kuning telur atasnya. Bakar selama 20 hingga 25 minit.


Comments

Popular posts from this blog

Tauhu Thai

Benjo

Sambal Kerang Cili Padi